Monday 17 February 2014

ILMU KEPENGAKAPAN (3)

SEJARAH  PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR.

SEJARAH AWAL PENUBUHAN
Pasukan pengakap sekolah ini mula ditubuhkan secara tidak rasmi pada Ogos 2003. Pada 30 Januari 2004 pasukan ini telah didaftarkan secara rasmi dan dikenali sebagai Kumpulan 41 Jasin. Pemimpin yang terlibat dalam pendaftaran ini adalah  En. Mohd. Zamir  Mohd. Sharif sebagai Pemimpin Kumpulan, En. Mohd. Lazim Abu Shukor sebagai Pemimpin Pengakap Muda, Cik Noor Irina Muharram dan Puan Norlian Abd. Salim. Penyertaan pertama pasukan ini dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak negeri ialah Perkhemahan Jambori Negeri Melaka ke-5 pada 29 Mei hingga 4 April 2004 dengan penyertaan seramai 40 orang. Bermula daripada itu pasukan pengakap menjadi aktif dengan menyertai semua perkhemahan yang dianjurkan baik oleh pihak pengakap negeri Melaka ataupun Jabatan Pelajaran Melaka.
         Pasukan pengakap sekolah ini menunjukkan peningkatan pada tahun seterusnya iaitu berjaya menghasilkan 5 orang Pengakap Raja. Seterusnya pasukan pengakap telah berjaya dalam beberapa pertandingan yang dipertandingkan di peringkat Negeri.
PENUBUHAN PASUKAN PENGAKAP LAUT PERTAMA DI DAERAH JASIN

Hasil perbincangan antara pemimpin-pemimpin pengakap sekolah dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah, satu keputusan telah diambil untuk menubuhkan Pasukan Pengakap Laut.Pada tarikh 13 Januari 2006 secara rasminya pasukan Pengakap Laut ditubuhkan. Untuk permulaan hanya tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja yang ditawarkan untuk menyertai pasukan pengakap laut dimana  dalam tempoh 5 tahun akan datang semua pasukan pengakap adalah pasukan pengakap laut.   
         Walaupun hanya berusia 8 tahun, pasukan pengakap sekolah ini telah mula dikenali di seluruh negeri Melaka berikutan penyertaan dalam semua aktiviti pengakap negeri. Berikutan daripada itu, beberapa orang pemimpin pengakap sekolah ini telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan penting dalam Pasukan Pengakap Daerah dan juga dalam aktiviti peringkat negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2008 Pemimpin Kumpulan ini iaitu En. Mohd. Zamir bin Hj. Mohd. Sharif telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jasin manakala En. Mohd. Lazim bin Ab. Shukor telah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jasin. Pada tahun 2010 pula En.Muhd Nizam bin Che Hassan telah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jasin. Selain daripada itu, Tuan Pengetua En. Karim bin Bayok telah dilantik menjadi Naib Pengerusi 2 Majlis Pengakap Daerah Jasin manakala Tn. Hj Sharif Ebok, Tn. Hj. Kamaluddin Niat dan En. Ramli Abdullah telah dilantik menjadi Ahli Majlis Pengakap daerah Jasin pada tahun 2011.
         Pada 1 Januari 2012, En. Mohd Zamir bin Hj Mohd Sharif telah diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan tertinggi di negeri Melaka iaitu menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka ke-12 menggantikan Datuk Hj. Abdul Kader bin Md Nor. Perlantikan ini juga merupakan satu sejarah kepada Persekutuan Pengakap Negeri Melaka kerana beliau merupakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri paling muda pernah dilantik di negeri Melaka dan juga di Malaysia. Perlantikan ini merupakan bukti kepercayaan pengakap kepada beliau. Beliau juga telah dilantik menjadi Setiausaha Majlis Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Di atas pencapaian pengakap yang menunjukkan prestasi yang sangat baik, pihak sekolah dalam satu mesyuarat bersetuju menjadikan Pasukan Pengakap Laut ini sebagai salah satu elemen kebitaraan sekolah pada tahun 2009.

PENGLIBATAN & PENCAPAIAN PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH

Pasukan Pengakap sekolah ini telah menyertai banyak perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak pengakap negeri, Jabatan Pelajaran dan pihak luar. Antaranya ialah :

1.     Perkhemahan Jambori Negeri Melaka kali ke-5
Kem Pengakap Negeri Melaka
29 Mei-4 April 2004
2.     Perhimpunan Agung Pengakap Negeri Johor
Kem Tanjung Labuh, Johor
12-17 Disember 2004
3.     Kempori Pengakap Daerah Jasin
6-8 Ogos 2004
Kem Pengakap Negeri Melaka
4.     Perhimpunan Pengakap Negeri Melaka
Kem Pengakap Negeri Melaka
4-6 Mac 2005
Kem Pengakap Negeri Melaka
5.     Perhimpunan Pengakap Negeri Melaka
24-27 Mac 2006
Kem Pengakap Negeri Melaka
6.     Jambori Malaysia
12-19 Disember 2006
Ulu Bendul, Negeri Sembilan
7.     Perhimpunan Pengakap Negeri Melaka 2007
Kem Pengakap Negeri Melaka
8.     Perhimpunan Pengakap Negeri Melaka 2008
Kem Pengakap Negeri Melaka
9.     Jambori Keamanan Dunia kali ke-3
(Penyertaan teramai dalam negeri Melaka iaitu seramai 55 orang)
Kem Pengakap Negeri Melaka
10.                       Jambori Antarabangsa Pengakap Johor 2008
(Penyertaan teramai dalam Kontinjen Negeri Melaka iaitu seramai 50 orang)
Kem Pengakap Johor, Jubli Intan
11.                       Jambori Melaka Bandaraya Warisan Dunia kali ke-7 2009
12.                       Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia, Taman Wetland, Putrajaya tahun 2010
13.                       Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia, Masjid Sultan Mizan, Putrajaya tahun 2011
14.                       Korobori Pengakap Malaysia 2011.
15.                       Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia kali ke 8 tahun 2011.
16.                       Jambori Pangakap Malaysia ke-12 dan Jambori Terengganu Antarabangsa 2011 
KEJAYAAN PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR

1.     Johan Kawad Tongkat Negeri Melaka 2005
2.     Naib Johan Kawad Kaki Negeri Melaka Kategori Lelaki  2005
3.     Kawad Kaki Negeri Melaka Kategori Lelaki 2006
4.     Kawad Kaki Negeri Melaka Kategori Perempuan 2006
5.     Johan Kawad Kaki Negeri Melaka Kategori Lelaki 2007
6.     Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan 2007 (Ketua Platun ke-4 terbaik keseluruhan)
7.     Naib Johan Kawad Kaki Negeri Melaka Kategori Lelaki 2008
8.     Johan Kawad Kaki Pengakap Daerah Jasin Kategori Lelaki 2008
9.     Johan Kawad Kaki Pengakap Daerah Jasin Kategori Perempuan 2008
10.                       Naib Johan Kawad Kaki Anjuran Kerajaan Negeri Melaka sempena Tourism Week Carnival Kategori Lelaki tahun 2009
11.                       Tempat Ketiga Kawad Kaki Anjuran Kerajaan Negeri Melaka sempena Tourism Week Carnival Kategori Perempuan tahun 2009 
Pasukan pengakap sekolah ini juga telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pelajaran dan Persekutuan Pengakap Negeri Melaka dalam beberapa aktiviti anjuran badan-badan berkenaan. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah :

1.                 Mewakili Persekutuan Pengakap Negeri Melaka dalam pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Bukan Kerajaan peringkat negeri Melaka tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.
2.                 Diberi penghormatan mewakili Persekutuan Pengakap Negeri Melaka bagi Perbarisan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2007 dan 2008.
3.                 Pasukan Pengakap Sekolah ini diberi penghormatan sebagai Kawalan Kehormat Y.A.B Perdana Menteri sempena sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan tahun 2008.
4.                 Mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia bagi Perhimpunan Hari Belia 2009.

Pasukan Pengakap Sekolah ini juga telah berjaya menghasilkan pengakap raja yang merupakan pencapaian tertinggi bagi seseorang pengakap di negara ini. Bilangan pengakap raja yang berjaya ditauliahkan semakin bertambah iaitu seramai 5 orang pada tahun 2005 dan bertambah seramai 10 orang dalam tahun 2006 dan pada tahun 2007 jumlahnya bertambah menjadi 25 orang. Dan pada tahun 2008 seramai 21 orang pelajar daripada sekolah ini berjaya ditarafkan menjadi Pengakap Raja dan Sijil Pengakap Raja diserahkan sendiri oleh Tuan Yang Terutama Negeri Melaka.

PENGHARGAAN DAN ANUGERAH
Diatas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pasukan pengakap sekolah ini dalam memajukan pergerakan pengakap di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, beberapa penghargaan dan anugerah telah diterima oleh ahli-ahli dan pemimpin pengakap di sekolah ini. Antaranya :

Anugerah Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka.
Anugerah ini diberikan atas khidmat bakti dan jasa dalam memajukan pergerakan pengakap di negeri Melaka. Anugerah ini disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sendiri. Antara pemimpin pengakap dari sekolah ini yang telah menerimanya adalah :

1.     En Karim Bin Bayok
2.     Tn. Hj. Sharif bin Ebok
3.     En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif
4.     En. Muhd Nizam bin Che Hassan

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
Dianugerahkan kepada pemimpin pengakapa yang telah memberi khidmat dan jasa kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara. Mereka yang pernah menerimanya ialah :
1.     En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif

Pingat Perkhidmatan Baik
Dianugerahkan kepada pemimpin yang telah memberi khidmat bakti yang baik dalam memajukan pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia di peringkat kebangsaan. Disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara. Antara penerimanya ialah :

1.     En. Karim bin Bayok
2.     Tn. Hj. Sharif bin Ebok
3.     En. Ramli bin Abdullah
4.     En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif
5.     En. Muhd Lazim bin Ab Shukor

Pingat Peringatan 100 Tahun Pengakap Malaysia
 Dianugerahkan kepada mereka yang telah memberi khidmat yang terbilang yang mana bilangan pingat ini dikhadkan kepada 30 pingat sahaja untuk setiap negeri. Disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara. Antara penerimanya ialah :

1.     En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif

Pingat Perkhidmatan Gemilang
Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG) iaitu pingat yang dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan pengakap.

1.     En. Karim bin Bayok

Bintang Semangat Rimba Perak 
Bintang Semangat Perak iaitu anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan pengakap.


1.     En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif

No comments:

Post a Comment