SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA
Pergerakan
Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan
pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun
setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di
Singapura. Negeri
Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun
begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet,
Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R.
Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan
Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya
selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun
1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan
ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan
Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen
Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927.
Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku
Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada
tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap
Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C.
Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif
sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap
Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS
Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926
Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM
Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
Secara
Ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor
( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C.
Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah (
1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu
telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada
Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan
Malaysia.
No comments:
Post a Comment