Monday 17 February 2014

Jambori Kebangsaan Brunei kali ke-4 2013

Jambori Pengakap Kebangsaan Brunei kali ke-4 , 2013

Bersempena meraikan sambutan 80 tahun berpengakap di Negara Brunei Darussalam Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) akan mengadakan Jambori Pengakap Brunei Darussalam Ke-4 (4th National Jamboree Brunei Darussalam) pada 3 hingga 8 Disember 2013.
Pelbagai aktiviti jambori akan disusun meliputi Perkampungan Pembangunan Global (Global Development Village), Lembah Cabaran (Challenge Valley), Forum Pengakap (Scout Forum), Sains (Science), Permainan Tradisional (Traditional Games), Aktiviti Air (Water Activities), Lawatan ke Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer (City Tour to Bandar Seri Begawan and Water Village), Pameran (Exhibition), Pameran Kerjaya dari Jabatan dan Agensi Kerajaan serta NGO's, Persembahan Malam Pengakap (Scout Night Performance) serta lain-lain kegiatan jambori yang menarik.
 Tema jambori kali ini 'PENGAKAP KETANI MASA DEPAN KITANI' ('Our Scout Our Future') akan dihadiri oleh 2,000 orang ahli Pengakap termasuk dari ahli Pengakap luar negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Maldives serta dari rantau Asia Pasifik.
Seramai 8 orang pelajar dan seorang guru pengiring daripada SBP Integrasi Selandar telah menyertai jambori tersebut. Manakala En. Mohd Zamir telah dilantik oleh Persekutuan Pengakap Malaysia menjadi Ketua Kontingen Malaysia ke jambori tersebut.














No comments:

Post a Comment